Banyak pc games yang gempak akan kuar pada tahun ni, semua games yang ditunggu-tunggu peminat games seluruh dunia, Gameplay, performance dan visual semua ditahap SuPerB!. Walaupun games PC ini mula dikeluarkan bagi platform seperti Xbox360 dan PS2 tetapi developer tidak melupakan peminat-peminat PC disebabkan permintaan yang banyak dan keupayaan PC yang semakin advance pada masa sekarang.Di bawah saya senaraikan game yang ditunggu mengikut genre masing-masing. Zasss !!
Action Games
BlackSite: Area 51
Publisher: Midway Games
Developer: Midway Studios Austin
Genre: First-person Shooter
Tarikh keluar: November 5
Review : Bermula dengan siri Area 51, idea game ini dikembangkan dengan plot cerita yang menarik,. Dengan idea berlatarkan sains fikyen,Pemain akan menjadi ketua kepada skuad elit rahsia dan masing-masing mempunyai skil yang unik dan keupayaan istemewa untuk menghapuskan alien dan mutant.Sebagai ketua anda bukan sahaja ditugaskan untuk menghapuskan musuh tetapi mempertahan kawasan dan melakukan apa saja demi skuad anda.

Brothers in Arms :
Hell's Highway
Publisher: Ubisoft
Developer: Gearbox Software
Genre: First-person Shooter
Tarikh keluar: November 13
Review: Developer yang pernah memenangi anugerah bagi siri game Brothers in Arms telah meghasilkan siri baru bagi Brothers in Arms iaitu Brothers in Arms : Hell's Highway
Mengisahkan kesinambungan game yang sebelum ni company 101ST ditugaskan ke company pangkalan udara terbesar didalam operasi perang dunia kedua, disini anda akan dimasukkan ke dalam company Airbone. Siri ini lebih kepada taktik peperangan dan serang hendap. Ia tentu akan membuatkan pemain lebih teruja untuk meneruskan misi.

Call of Duty 4: Modern Warfare
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Genre: First-person Shooter
Tarikh keluar : November 5
Review: Game yang asalnya versi beta di Xbox360 kini boleh dimain di platform PC.. yeah!!. Dengan aksi yang lebih gempak Call of Duty 4 boleh menyebabkan anda tak tido malam apabila bermain game ni, dengan bunyi tembakkan senjata yang ‘real’ ,bunyi letupan bom yang Da bomb, bunyi menjerit kesakitan, dan anda boleh recover health jika bersembunyi dari musuh. Call of Duty 4 akan membuatkan anda mengalami perang moden yang sebenar dan memberikan anda kepuasan dalam genre First-person Shooter.

Crysis
Publisher: Electronic Arts
Developer: Crytek Studios
Genre:
Tarikh keluar: November 16
Review: Crysis adalah game yang mempunyai visual dan effect yang sangat cantik walaupun hanya dimainkan dengan DirectX 9. Mempunyai visual air dan pencahayaan yang realistic. Pemain akan disajikan dengan plot cerita yang menarik persaingan antara US dan Korea Utara (kenapa US ngn Korea Utara?) apabila serangan alien mengancam kedua-dua negara.Ni kiranya peperangan antara manusia dan alien.Menampilkan senjata-sejata yang berteknologi tinggi dan senjata pemusnah yang tiada tandingan membuatkan game ini adalah salah satu game First-person Shooter terbaik.
Enemy Territory: Quake Wars
Publisher: Activision
Developer: Splash Damage/id Software
Genre: First-person Shooter
Tarikh dikeluarkan: October 2
Review : Enemy Territory: Quake Wars membawa anda ke arah konflik diantara Earth Defense Force dan alien Strogg pada tahap yang mencabar.Banyak kenderaan perang dan senjata canggih dalam game ni.Pasukan anda akan berganding antara satu sama lain bagi menpertahankan kawasan dan melakukan strategi pantas untuk menawan musuh.

F.E.A.R. Perseus Mandate
Publisher: Sierra
Developer: TimeGate
Genre: First-person Shooter
Tarikh keluar: November 6
Review : Kita sudah lihat siri yang pertama yang menampilkan gameplay yang seram dan suspen dalam FEAR. Kini FEAR Perseus Mandate adalah siri yang kedua tidak jauh berbeza dengan plot cerita seperti siri game yang pertama, yang pastinya Arma (hantu yang kadang-kadang muncul dalam FEAR yang pertama) akan muncul dengan penuh dramatic dan mengejutkan gamer. Kalau nak main game ni, saya cadangkan anda naikkan volume dan tutup lampu.hehe..Serammm…

Gears of War
Publisher: Microsoft
Developer: Epic Games
Genre: Third-person Shooter
Tarikh keluar: November 6
Review : Game Gears of War sangat lah popular dalam Konsol Xbox360. Permainan online yang paling top dalam Xbox360. Gears of War adalah game yang tidak harus anda lepaskan. Terima kasih kepada Novermber Epic dan Microsoft kerana membawakan game ni kepada peminat-peminat PC. Apa yang menariknya PC gamer akan bermain permainan yang sama seperti Xbox360.

Unreal Tournament III
Publisher: Midway Games
Developer: Epic Games
Genre: First-person Shooter
Tarikh keluar: November 12
Review : Sekali lagi pasal alien? Unreal Tournament adalah salah satu game First-person Shooter terbaik. Berperang dengan alien yang dikenali sebagai Necris, anda ditugaskan bagi menghalang kemaraan Necris dari membunuh puak anda. Dilengkapi dengan banyak map , senjata canggih permainan multiplayer akan memberikan ada satu pengalaman yang menarik.
Next review :
- Music Games
- Racing Games
- Roleplaying Game
- Sports Games
- Strategy Games