My Chemical Romance (MCR) mula ditubuhkan di New Jersey, band yang dikenali sebagai emo-rock (sebenarnya mereka menolak dakwaan itu) walaupun terdapat sedikit unsure-unsur emo didalamnya,Menampilkan muzik yang rancak,agresif dan bertenaga , namun ada juga menampilkan musik yang slow dan bermelodi.
Pada awal tahun 2000, Gerard way (vocal) dan Mat Pelisier (drum) telah mencipta beberapa lagu, lagu pertama dihasilkan ialah "Skylines and Turnstiles” . Gerrard dan Pelisier merasa kepuasan apabila berjaya mencipta lagu tersebut dan mula mengajak ray toro ( gitar) untuk bergabung bersama. Band ini semakin mantap dengan kemasukkan adik Gerard, Mikey way (bass) dan Frank lero (gitar) . MCR mula menerbitkan album pertama mereka di North East Corridor
Band yang menerima pengaruh dari Morrison,The Cure,The Smashing Pumpkins, dan The Misfits ini menerbitkan album pertama mereka “I Brought You my Bullets, You Brought Me Your Love” pada tahun 2002.MRC mula menampilkan lagu-lagu yang gelap, perasaan dendam,depresi yang mendalam. Setahun kemudian MCR telah disunting oleh syarikat rakaman ternama iaitu “Warner Bros”
Album kedua "Three Cheers For Sweet Revenge" (2004) berjaya meledakkan MCR setanding dengan band-band ternama yang lain. Single hitz “Helena” menjadi top di carta-carta di seluruh dunia disusuli dengan lagu "The Ghost Of You","Im Not Okay",dan "Thank For the Venom"
Album kompilasi pertama “Life on the Murder Scene” (March,2006) adalah hadiah MCR kepada peminat-peminatnya, Album yang menceritakan tentang dokumentari MCR dan pengalaman band ni dalam dunia artis. Album live album yang dipersembahkan di konsert dan termasuk 2 lagu demo.
Kini dengan senjata baru mereka "The Black Parade" (2006),MCR seolah-olah cuba meninggalkan kesan ‘emo’ dalam diri mereka walaupun album ini memang ada sedikit unsur ‘dark’ . “Welcome To The Black Parade”, “I don’t Love You” “Teenagers” “Famous Last Word” menjadi tulang belakang dalam album baru MCR. Harap-harap band kesukaan aku ni akan trus berjaya dan trus menghasilkan album-album yang gempak.. MCR Rawkss !!!

Ps : sila tunggu playlist diatas :)






No comments:
Post a Comment