Thursday, September 27, 2007

Ronaldinho setuju dngn tawaran $174 juta chelsea?

LONDON: Ronaldinho bersetuju dengan kontrak Chelsea bernilai pound58 juta ($174 juta) jika beliau memutuskan untuk menyertai kelab Liga Perdana England itu.Bintang Brazil akan jadi pemain bergaji paling tinggi tetapi belum buat keputusan sertai kelab England.Ronaldinho kelihatan akan meninggalkan Barcelona dan ejennya telah pun menerima tawaran kontrak selama lima tahun bernulai &pound11.6 juta setahun.Tetapi dia mungkin menolak tawaran hartawan Roman Abramovich dan memilih untuk berpindah ke kelab lain.

Jika bayaran itu disetujui oleh Chelsea dan Barcelona, pemenang Piala Dunia itu mungkin diperkenalkan pada akhir musim ini.Ronaldinho, 27 tahun, akan menjadi pemain berpendapatan paling tinggi dengan gaji pound223,000 seminggu -pound88,000 lebih daripada kapten Chelsea, John Terry.Chelsea tidak perlu membayar pound85 juta bagi membolehkan Ronaldinho meninggalkan kelab itu selepas pertikaiannya dengan Barcelona.Tetapi kelab England itu masih perlu membelanjakan jumlah rekod pound70 juta.

Kontrak Ronaldinho bersama kelab gergasi Sepanyol itu masih tiga tahun lagi dan ia bernilai pound135,000 seminggu.Kelab terkemuka Italy, AC Milan, juga berminat tetapi ia tidak dapat menyaingi tawaran Chelsea.Di Madrid, legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff, menegaskan bahawa Barcelona mampu mengetepikan Ronaldinho daripada skuadnya.

Ronaldinho menarik diri daripada perlawanan Liga Primera Sepanyol menentang Sevilla Sabtu lalu dengan mengadu masalah betis beberapa hari selepas beliau dilaporkan dilihat berpesta 48 jam sebelum Barcelona seri tanpa jaringan dengan Osasuna pada hujung minggu sebelumnya.Ketiadaannya membawa kekalahan 1-2 di tangan Sevilla dan laporan-laporan mengenai kerenah Ronaldinho di akhbar-akhbar Sepanyol kebelakangan ini menyebabkan bintang Brazil itu mendakwa terdapat kempen untuk menyingkirkan beliau daripada kelab tersebut.

Sementara itu, Cruyff, yang menyarung jersi Barcelona dalam zaman kegemilangannya, berkata kelab tersebut mampu merehatkan bintang midfield berpengaruh itu pada bila-bila masa yang dikehendakinya.Pasukan lebih penting daripada individu. Apabila tiba masa merancang strategi pasukan, anda biasanya akan cuba menurunkan pasukan terbaik, termasuk para pemain yang berada dalam keadaan terbaik,' terang beliau.

'Jika Ronaldinho atau siapa saja tidak begitu bersedia kerana baru saja pulang daripada perjalanan jauh mewakili pasukan negara, ini bukan satu masalah.'Akan ada perlawanan untuk beliau dan para pemain lain.'Komen Cruyff itu dibuat menyusuli spekulasi akhbar yang menyatakan bahawa hubungan antara bintang berusia 27 tahun itu dengan kelabnya kini tegang.Ronaldinho dikatakan bosan dengan laporan akhbar-akhbar di Britain yang menyatakan bahawa beliau meminta ejen yang juga abangnya, Roberto de Assis, supaya mengadakan perbincangan dengan Chelsea.

Pemain Terbaik Dunia Fifa 2005 itu menafikan bahawa beliau berada hingga lewat malam di sebuah kelab malam menjelang perlawanan dengan Osasuna.'Ronaldinho tidak berasa apa-apa dan tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menjejas imej kelab,' kata Assis.Kelmarin, Barcelona menyatakan bahawa Ronaldinho, yang menyertai kelab di Nou Camp itu pada 2003 dan membantunya memenangi kejuaraan Liga Primera Sepanyol sebanyak dua kali dan Liga Juara-Juara Eropah pada 2006, sedang menjalani rawatan.Kelab itu sedang memantau keadaannya menjelang perlawanan dengan Zaragoza dalam Liga Primera Sepanyol hari ini

Sumber : cyberita berita sukan

No comments: