Friday, November 2, 2007

30 days of night


Dibintangi : Josh Hartnett,Melissa George,
Director: David Slade


Mengisahkan tentang sebuah bandar terpencil iaitu Barrow yang terletak di Alaska yang mengalami malam selama sebulan pada setiap tahun apabila matahari tenggelam pada bawah ufuk.Apabila sinaran matahari yang terakhir di Alaska mulai gelap sekumpulan pontianak ganas telah menyerang bandar tersebut.Sheriff di pekan terbabit yang bernama Eben (Lakonan Josh Harnett) bersama-sama dengan bekas isterinya, Stella (Lakonan Melissa George) terpaksa bertungkus lumus dalam menyelamatkan penduduk-penduduk Barrow dari menjadi mangsa kekejaman pontianak tersebut Mampukah penduduk bandar menghalang kerakusan pontianak yang dahagakan darah? mampukah mereka bertahan selama 30 hari tanpa siang?




p/s : 4/5 Bintang untuk 30 days of night, tak seram sangat tapi banyak adegan-adegan yang terkejut beruk gak. Silap-silap leh kena sakit jantung. :O

Extreme Bad Luck: Acupuncture



p/s : iklan lawak seh :O

1408



Dibintangi : John Cusack,Samuel L. Jackson
Pengarah : Mikael Håfström


1408 adalah cerita adaptasi dari cerita pendek yang dihasilkan oleh penulis seram tersohor iaitu Stephen King. Ianya berkisarkan tentang seorang penulis novel seram, Mike Enslin. Demi untuk mendapatkan kisah seram yang menyeramkan Mike sanggup mengembara jauh dan menginap di hotel yang kononnya mempunyai kisah seram tersendiri, semuanya untuk mencari bahan cerita yang "horror". Tetapi tiada satu pun yang benar-benar mempengaruhi dirinya yang sememangnya tidak mempercayai bahawa adanya hantu dan mistik. Untuk menyiapkan bahagian akhir novel terbarunya, Mike telah menerima sekeping poskad dan tertulis "don't enter room 1408" dan poskad tersebut berlatarkan gambar Hotel Dolphin di New York .Mike telah membuat keputusan untuk tinggal di bilik yang dikatakan jahat dan mempunyai kisah silam yang sangat menyeramkan tetapi dihalang oleh pengurus hotel, Mr Olin yang mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan Mike tinggal di bilik tersebut kerana penginap dibilik tersebut tidak ditemui pada keesokkan harinya.





ps : 5/5 Bintang untuk filem 1408. Memang seram cite nih. Suspen dari start cite sampai habis. :O

iPod Parody!

Thursday, November 1, 2007

WIFI sd Card yang pertama didunia.

Eye-Fi Inc telah mengumumkan wireless SD memory card yang pertama didunia untuk kamera digital. SD card Eye-Fi Card digunakan untuk Wi-fi network dan memudahkan pengguna untuk menghantar atau mengekses kamera digital kepada PC, Mac dan photo secara online dan juga boleh dihubungkan diantara kamera digital yang lain.Eye-Fi juga mampunyai simpanan data atau memori sebanyak 2 gigabite, dengan adanya Eye-Fi pengguna boleh download atau upload gambar dan video secara Wi-fi terus pada web atau PC anda. harga dipasaran agak mahal iaitu USD$100

untuk maklumat lanjut, http://www.eye.fi/