Saturday, September 29, 2007

Upcoming PC games 2007 ( part 2 )

Sebelum ni kita telah review games action ataupun genre First-person Shooter yang akan kuar pada tahun ini. sekarang kita lihat pula genre Racing Games, Sports Games dan Strategy Games.. jom :)

Racing Games

Juiced 2: Hot Import Nights
Publisher: THQ
Developer: Juice Games
Genre: Racing
Tarikh keluar: TBA 2007

Review : Juiced 2 menampilkan game underground street racing yang mempunyai career mode yang membolehkan gamer mencipta character sendiri dan bertanding dengan full campaign, aksi drift dan menewaskan pelumba lain.Tambahan pula lesen Hot Import Nights kali ini akan menampilkan perlumbaan secara professional antara pelumba.




Need for Speed ProStreet
Developer: Black Box
Publisher: Electronic Arts
Genre: Racing

Tarikh keluar: October 30, 2007

Review: Siri perlumbaan publisher oleh EA akan berlumba lagi pada tahun ini. Fokus Need for Speed kali ini bukanlah berlumba di trek atau jalan yang terbuka,kali ini NFS akan berlumba di litar tertutup yang direka khas dan berlumba dengan pelumba handalan seluruh dunia. NFS akan lebih menarik apabila anda bermain secara online. Ia pasti tidak akan megecewakan anda.






Sports Games

Winning Eleven: Pro Evolution Soccer 2008
Publisher: Konami
Developer: Konami
Genre: Sports
Tarikh dikeluarkan: October 26

Review: Peningkatan gameplay dan visual yang menarik oleh Konami berbanding dengan siri Winning Eleven: Pro Evolution Soccer yang lepas.Dengan gerakkan reaksi yang pantas PES2008 akan membuatkan anda teruja untuk menjaringkan gol berulang kali. Antara PES2008 dan FIFA2008 ? disini






Strategy Games

Company of Heroes: Opposing Fronts
Publisher: THQ
Developer: Relic
Genre: Real-time strategy
Tarikh dikeluarkan: September 24

Review : Siri kedua untuk company of Heroes, dengan penambahan misi dan visual yang realistic game ini juga ada penambahan team iaitu British 2nd Army yang berkebolehan serangan dan pertahanan dan juga German Panzer Elite yang mempunyai kederaan perang yang canggih dan mampu memusnahkan apa saja. Game yang mempunyai visual yang baik walaupun dimainkan dengan versi sistem DirectX9.






Supreme Commander: Forged Alliance
Publisher: THQ
Developer: Gas Powered Games
Genre: Strategy
Tarikh dikeluarkan: November 6

Review : Supreme Commander: Forged Alliance kali ini mempunyai beratus-ratus unit baru,termasuk kapal laut yang advance,senjata orbital dan counter-intelligence units. Semua angkatan telah diadvancekan dan gamer pasti enjoy dengan peperangan diantara robot-robot dan senjata-senjata yang canggih tahap dewa.






Universe at War: Earth Assault
Publisher: SEGA
Developer: Petroglyph
Genre: Strategy
Tarikh keluar: October 30

Review : Universe at War: Earth Assault juga berkaitan dengan peperangan dengan alien. Unit dan robot anda boleh dipertingkatkan sehingga ke tahap tertinggi dan tentunya mempunyai senjata pemusnah yang hebat. Setiap unit yang dipertingkatkan mempunyai kebolehan masing-masing.






SimCity Societies
Publisher: Electronic Arts
Developer: Tilted Mill Entertainment
Genre: Simulation
Tarikh dikeluarkan: November 13

Review : Satu lagi siri SimCity dari EA.Siri Simcity kali ini lebih fokus kepada masyarakat didalam sesuatu bandar,daripada kehidupan,kekayaan,industri,kedai, keadaan trafik,tempat rekiasi dan banyak lagi. Untuk meyeimbangkan semua factor diatas bukanlah senang, oleh itu ini adalah cabaran untuk semua gamer yang minat game simulation seperti Simcity baru ini.


Upcoming review :

  • Role-playing games
  • Music games

No comments: